Fernando Forestieri kini nama yang dekat di bibir peminat bola sepak Malaysia dan dia pernah mencipa pre-assist antara yang terpenting dalam sejarah bola sepak.

Forestieri yang kini menjadi pengebom di hadapan gol untuk JDT merupakan salah seorang pemain yang memiliki karier yang baik.

Forestieri malah terlibat dalam momen yang sangat bersejarah dengan pre-assist beliau.

Oleh sebab itu dia sentiasa istimewa di hati peminat Watford.

Deeney Moment

Satu momen istimewa digelar ‘Deeney Moment’ yang ikonik dalam sejarah kelab Watford akan dikenang selamanya.

Pada 12 Mei 2013, Watford FC menjadi tuan rumah Leicester City pada perlawanan kedua separuh akhir playoff Kejuaraan EFL.

Turun dengan ketinggalan secara agregat 1-0, Watford sedang mencari jalan untuk bangkit dan memenangi perlawanan kedua untuk mara.

Bertempat di Vicarage Road, markas kepada Watford, dan dalam usaha untuk ke final di Stadium Wembley bagi play off yang mewah.

Watford berhasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2007. Kenaikan pangkat akan datang dengan durian runtuh kira-kira £170.3 juta dalam perjanjian baharu EPL dengan badan penyiaran.

Bagi Troy Deeney, dia mahukan peluang untuk membantu Watford mara ke Wembley dengan peluang bermain di Liga Perdana Inggeris, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Deeney mengejar lebih daripada sekadar perjalanan ke final playoff.

Dia turut mencari kebangkitan di dalam dan di luar padang. Musim 2012-2013 bermula untuknya bukan di atas padang, tetapi di balik tirai besi.

Pada 29 Februari 2012, Deeney telah ditangkap kerana membelasah sekumpulan pelajar di perhentian bas bersama 3 yang lain. Dia menyatakan dia menjadi agresif kerana kemurungan selepas mengetahui ayahnya menghidap kanser.

Ayahnya meninggal dunia akibat kanser esofagus yang agresif beberapa bulan kemudian.

Deeney dijatuhi hukuman penjara 10 bulan atas tindakannya, tetapi dibebaskan selepas tiga bulan, menyertai semula Watford beberapa bulan selepas musim mereka.

Dia kemudian menumpukan semula usahanya ke arah membantu pasukannya naik ke EPL.

Dia menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan musim itu, sebagai penjaring terbanyak pasukannya.

Namun begitu, dia memerlukan 2 lagi aksi penebusan kariernya. Iaitu 2 separuh akhir menentang Leicester.

Perlawanan pertama menyaksikan mereka ketinggalan defisit 1 gol daripada agregat perlawanan pertama.

Perlawanan bermula hebat untuk Watford, dengan Matěj Vydra menjaringkan gol pada minit ke-15 menerusi sepakan voli untuk menjadikan kedudukan 1-0 dalam perlawanan dan menyamakan agregat 1-1.

Vicarage Road bergema, dan semua orang percaya bahawa mereka akan berjaya ke final.

Bagaimanapun, pendahuluan itu tidak lama, dengan David Nugent menjaringkan tandukan hasil umpanan menerusi sepakan sudut Anthony Knockaert untuk Leicester City 4 minit kemudian untuk meletakkan pelawat kembali di atas dalam agregat, 2-1.

Watford terus berusaha, dan pada minit ke-65, Troy Deeney memberikan bola kepada Vydra untuk gol keduanya dalam perlawanan itu.

Agregat kini menjadi 2-2, dan peminat Watford sekali lagi merasakan kepercayaan dalam diri mereka.

Permainan memasuki ke babak akhir separuh masa kedua dan seluruh stadium menjadi gementar.

Pada minit ke-5 masa kecederaan, pemain Leicester Knockaert  telah dijatuhkan dalam kotak penalti. Ulang tayang menunjukkan pemain itu ternyata menerima kontak sangat minima dan pengulas perlawanan percaya dia melebih lebih untuk mendapatkan penalti.

Ramai bengang dengan Knockaert yang dianggap tidak layak menerima penalti itu. Dan Knockaert sendiri mengambil sepakan itu.

Jika dia menjaringkan gol itu, maka Leicester akan ke final. Dengan perlawanan tinggal beberapa minit saja lagi. Seluruh stadium sudah sedia meratapi kesakitan itu.

Anthony Knockaert berdiri di atas titik penalti dengan bola untuk mengambil sepakan, ketika penjaga gol Watford Manuel Almunia berdiri di garisan antara tiang, bersedia untuk mencuba dan menghentikannya.

Knockaert melangkah untuk mengambilnya, ketika 16,968 peminat menahan nafas mereka seketika.

Dan, keajaiban bermula. Almunia menyelamatkan sepakan itu dengan hujung kakinya, dan bola meleleh keluar untuk melantun. Knockaert merembat lagi.

Almunia menyelamatkannya sekali lagi, dan bola dikeluarkan oleh pemain pertahanan Watford ketika stadium meletus kelegaan dan kegembiraan.

Pemain Watford memecut ke atas dengan bola apabila bunyi stadium semakin kuat. Fernando Forestieri akhirnya mendapatkan bola jauh di sudut kanan dan menghantar hantaran silang ke dalam kotak melintasi gawang.

Forestieri.. here’s Hogg.. Deeney!

Ianya adalah pre-assist oleh Forestieri kepada Jonathan Hogg yang melakukan assist.

Hogg memperdaya pertahanan dan penjaga gol Leicester dengan menolak bola ke tengah kawasan gol. Dan Deeney – pemain paling berhak menjadi watak penting cerita dramatik itu – telah melakukan rembatan deras dan masuk.

Seluruh Stadium menjadi gila meraikan kedudukan 3-1 di Vicarage Road pada minit ke-90+7.

Vicarage Road bertukar menjadi gempa bumi skala penuh.

Deeney menanggalkan bajunya sambil melompat ke arah orang ramai untuk meraikannya, diikuti rapat oleh rakan sepasukannya dan juga pengurus Watford Gianfranco Zola.

Peminat bergegas ke padang ketika pemain pemain Leicester rebah di atas padang dalam kekecewaan yang luar biasa.

Troy Deeney adalah seorang wira. Dengan sepakan terakhir perlawanan, dia telah menghantar Watford ke final playoff Kejuaraan di Wembley. Dia akan bermain untuk peluangnya menuju ke Liga Perdana. Peminat Watford meneruskan sambutan ketika wisel penamat dibunyikan.

Watford mara ke final di Wembley. Malangnya mereka tewas kepada Crystal Palace dalam perlawanan akhir playoff, menafikan tempat mereka dalam Liga Perdana musim berikutnya.

Apa yang pasti Forestieri pernah terlibat dalam Deeney Moment dengan pre-assist bersejarah.

Ulasan yang paling terngiang di telinga peminat Waftord adalah:

Almunia saves again!! Absolutely astonishing. Now here come Watford… Forestieri… Here’s Hogg! DEEEEEEEEEEENNNEEEEEEEEYYYYYYYYYYY!!”

Saksikan detik itu di sini:

Bagaimanapun, Watford hanya perlu menunggu beberapa tahun sahaja lagi untuk mereka benar benar kembali ke EPL dengan Deeney menjadi kapten.